Wednesday, February 16, 2011

PENGURUSAN JENAZAH

.

SAHABAT ANDAI ESOK MAHUPUN HARI INI IBU DAN AYAH ATAU KELUARGA KITA DIJEMPUT ILLAHI,ADAKAH KITA HANYA MELIHAT ORANG LAIN MENGURUSKANYA???
DI MANA ANAK NYA?? DI MANA ANAK NYA?
DI MANA KELUARGA NYA????
RENUNGKANLAH SAHABATKU...
MASA BELUM TERLAMBAT UNTUK KITA PELAJARI.
AYUHHH....!

MUKADDIMAH

Kematian adalah sesuatu kepastian dan kita harus bersedia menghadapinya kerana ia merupakan titik permulaan kepada penghidupan yang kekal abadi. Hanya mukmin yang dipanggil menghadap Tuhannya dengan hati bersih memperolehi kejayaan.

Menguruskan jenazah adalah merupakan perkara yang tidak boleh kita elakkan begitu sahaja. Ianya merupakan fardhu kifayah ke atas umat Islam. Dengan adanya sebahagian umat Islam yang mengetahuinya akan selesailah tanggungjawab itu.

Namun dalam keadaan sekarang ini, kesedaran di kalangan generasi muda untuk melaksanakan tanggungjawab ini amat membimbangkan. Ramai dari generasi muda yang tidak tahu cara-cara menguruskan jenazah dan hanya menyerahkan sepenuhnya kepada jenerasi yang lebih tua ataupun pak imam untuk melaksanakannya. Bayangkanlah suatu hari nanti ayah atau ibu kita meninggal dunia. Adakah kita hanya memerhatikan sahaja dengan melihat jenazah orang tua kita diuruskan orang lain??..RENUNGKANLAH,,sahabat-sahabat sekalian
Setiap yang bernyawa di dunia ini pastinya akan mati, begitu juga dengan manusia sepertimana firman Allah S.W.T dala Surah Ali-'Imran ayat 185 :


"Setiap yang bernyawa pasti akan mati"


Oleh itu, apabila datang kematian kepada seseorang hamba Allah ,maka orang lain yang hidup adalah kewajipan untuk menguruskan jenazah tersebut sebagai amalan yang dituntut dalam Islam .Hukum menyelenggarakan jenazah adalah fardu kifayah iaitu amalan yang tidak diwajibkan ke atas setiap individu muslim bahkan memadai dilakukan oleh sebahagian daripada mereka.
Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud :
"Sembahyanglah kamu ke atas orang-orang yang telah mati."
(Hadis Riwayat Ibnu Majah) 


ORANG YANG HAMPIR MATI

Orang yang sakit ,yang hampir menghembuskan nafasnya yang akhir ,hendaklah dihadapkan ke kiblat,dibaringkan di atas lambungan yang kanan,muka dan dadanya dihadapkan ke kiblat ,kalau tidak boleh hendaklah ditelentangkan dan dua tapak kakinya dihalakan ke kiblat

Hendaklah diajar mengucap kalimah tauhid (dengan tidak bertubi-tubi), tetapi jika ia berkata dengan kalimah (perkataan) yang lain, hendaklah diajar balik dengan kalimah tauhid.
Dibacakan Surah Yaasiin() dan surah Ar-Ra'du ().


PERKARA YANG DILAKUKAN SESUDAH MATI

Apabila telah mati (yakin matinya) , hendaklah ditutup matanya , diikat dagunya supaya jangan terbuka mulutnya ,dilembutkan sendi-sendinya dengan minyak,ditutup seluruh badanya dengan kain dan diletakkan ditempat yang tinggi ,umpamanya diatas katil ,dan diletakkan diatas perutnya benda-benda yang berat ( lebih kurang 1 paun).

Ahli-ahli keluarga si mati itu hendaklah berikhitar membayar hutangnya daripada harta peninggalannya atau daripada pertolongan ahli-ahli keluarga si maiitu atau seseorang waris atau orang lain membut pengakuan (berikrar) membayar akan hutangnya .


·        Hendaklah disebutnya membayar akan hutangnya.
·        Hendaklah disebutkan kebaikkan dan medoakan keampunan baginya.

KEWAJIPAN-KEWAJIPAN YANG  BERHUBUNG DENGAN MAYAT

Apabila mati seseorang Islam , maka wajiblah di atas orang-orang yang hidup sebagai fardu kifayah menyelenggarakan empat perkara ke atasnya (mayat):
Peringatan :
Semua perbelanjaan mengururskan mayat ini adalah daripada harta peninggalannya (si mati), kecuali isteri diwajibkan atas suaminya manakala anak kecil diwajibkan atas bapanya ,sekiranya tidak ada ,maka tertanggunglah ke atas orang islam yang kaya perbelanjaan tersebut.

1.   MEMANDIKANYA

Cara Mandi Jenazah

Menurut satu riwayat, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Mandikanlah dia* (beberapa kali) asalkan ganjil bilangan: tiga atau lima atau tujuh, dan mulakanlah dengan bahagian kanan badannya dan anggota-anggota wudhu”.(Ummu Athiah) berkata: “Sesudah itu kami pun jalinkan rambutnya: tiga tocang, lalu kami hulurkan ke sebelah belakangnya”.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Perkara yang penting dalam memandikan mayat ialah wajib membersihkan tubuh badan mayat dan celah-celahnya itu daripada najis dan kekotoran dengan meratakan air seluruh anggota badan mayat itu. Maka apabila cara ini telah yakin kebersihannya, bolehlah dikapan, disembahyang dan seterusnya dikebumikan.

Cara terbaik yang telah sepakat oleh Ibnu Hajar dan al-Ramli di mana telah menjadi amalan masyarakat nusantara ini dengan panggilan mandi air sembilan cara iaitu:

a)   Dibersihkan najis mayat (meruang) dan membersihkan segala kekotoran atau getah, cat, plaster dan sebagainya yang terlekat pada badan atau kuku mayat. Hendaklah mengosongkan perut terlebih dahulu – kalau ada benda-benda kotor yang boleh keluar, supaya tidak lagi keluar sesudah ia dimandi dan dikafankan.

Caranya: Dudukkan mayat (di atas papan mandi) dalam keadaan condong sedikit ke belakang, dan menahan belakangnya dengan lutut kanan sambil memegang belikatnya dengan tangan kanan (dengan meletak ibu jari di tengah-tengah tengkuknya supaya kepalanya tegak), dan urut perutnya perlahan-lahan dengan tangan kiri. Siram air banyak-banyak untuk membersihkan benda-benda yang keluar.

b)  Setelah dikosongkan perut dan dbersihkan benda yang keluar, hendaklah ditelentangkan semula mayat itu di atas papan mandi dan dicebokkan oleh orang yang memandikannya dengan membersihkan kemaluan dan celah-celahnya (menggunakan sarung tangan).

c)   Dengan sarung tangan bersih, tukang mandi hendaklah membersihkan gigi mayat, lubang hidunganya, lubang telinga dan celah-celah kukunya. Kemudian diwudhu’kan dengan sempurna (meliputi yang fardhu dan sunat). Setelah itu baru dimandikan – dari bahagian kepala hingga ke hujung kaki – meliputi seluruh tubuhnya.

d)  Mandi dengan air sabun:

              i.        Basuh seluruh kepala, muka dan lehernya 3 kali.
             ii.        Basuh sebelah kanan (lambung kanan) meliputi bahu, ketiak, tangan kanan, dada, rusuk,perut,
           iii.        kemaluan, celah-celah kelangkang dan paha kanan hingga ke hujung kaki kanan 3 kali.
           iv.        Basuh sebelah kiri (lambung kiri) hingga ke hujung kaki kiri 3 kali.
             v.        Kemudian diiringkan rusuk kanan ke atas dan basuh lambung kanannya bahagian belakang meliputi
           vi.        bahu, belakang badan, rusuk, punggung, peha kanan dan terus ke hujung kaki kanannya 3 kali.
          vii.        Mengiringkan rusuk kiri ke atas dan basuh lambung kiri belakang hingga ke kaki kiri 3 kali .Mandi dengan air sabun seperti di atas tadi memadai satu kali sahaja.

e)   Mandi dengan air bersih (mutlak) – Mandi dengan air bersih ini dilakukan seperti cara mandi dengan sabun, tujuannya untuk membersihkan segala air sabun tadi.Setelah bersih, diwudhukan dengan niat,
” Sahaja aku wudhukan mayat ini kerana Allah”.

Ø Lafaz niat bagi lelaki: “Nawaitul wudhu ‘an hazal maiti lillahi ta’ala”
Ø Lafaz niat bagi perempuan: “Nawaitul wudhu’ ‘an hazihil maitati lillahi ta’ala”

f)    Mandi air bercampur kapur barus – Air bersih dicampur sedikit air kapur barus yang sekira-kiranya tidak mengubah hukum air mutlak, kemudian dijirus sunat diniatkan: ” Sahaja aku mandi mayat ini kerana Allah Taala”.

Ø   Lafaz niat bagi lelaki: “Nawaitul ghusl ‘an hazal maiti lillahi ta’ala”
Ø   Lafaz niat bagi perempuan: “Nawaitul ghusl ‘an hazihil maitati lillahi ta’ala”

Proses mandi ini sama juga seperti mandi dengan air sabun dan air bersih yang lalu. Kemudian ulang 2 kali dengan menambah kapur barus lebih tua sedikit supaya baunya lebih keras. Semasa menjirus, sunat membaca: “Ghufranak rabbana rahman wailakal masir”.
g)   Jadi hasilnya jumlah mandi mayat kesemuanya lima kali iaitu:

1)   Satu kali mandi dengan air sabun.
2)   Satu kali mandi dengan air bersih.
3)   Tiga kali mandi dengan air kapur barus.

h)   Mayat lelaki yang panjang janggutnya, sunat disisir ia dengan sikat jarang. Jika bulu janggut atau rambut kepalanya gugur semasa mandi, hendaklah dipungut untuk dimasukkan ke dalam kapan semasa mayat dikafankan.

Mayat perempuan pula hendaklah dihuraikan rambutnya supaya air membasahi keseluruhannya. Rambut yang gugur hendaklah dipungut untuk dimasukkan ke dalam kafan. Menurut riwayat di atas, dijalinkan rambutnya menjadi tiga tocang, lalu dihulurkan ke sebelah belakangnya.

i)    Perbuatan membasuh mayat dengan air bercampur sabun (atau serbuk daun bidara) kemudian membilasnya, tidak dikira. Itu hanya seperti membersihkan badannya.

Yang diambil kira ialah mandi yang akhir, iaitu memandikan mayat dengan air yang dicampurkan sedikit kapur barus.


2 .0  Mengkhafankan

2.1        Keperluan Kafan

o        Kain puteh - 24 ela.
o        Kapas - 2/3 gulung.
o        Air Mawar - 1 botol.
o        Minyak atar - 1 botol.
o        Cendana - 1 peket.
o        Kapur barus - 1 peket.
o        Gunting, jarum, talam besar, benang.

2.2        Cara menyediakan Kain Kafan

    i.        Bagi mayat lelaki sunat 3 helai kain kafan yang dapat menutupi semuanya. Di riwayatkan oleh jamaah dari Aisyah berkata : “Nabi saw dikafankan dengan tiga helai kain puteh halus yang baru, tanpa kemeja dan serban”.

   ii.        Bagi mayat perempuan 5 lapis, 2 helai kain kafan panjang mayat, 1 helai kain, 1 helai baju dan telekong.

 iii.        Bagi mendapatkan ukuran, ukur panjang mayat dari kepala hingga kaki kemudian di lebihkan sepanjang lilitan lutut apabila dibengkokkan kaki, ini memadai panjang kain untuk mengikat di pangkal (hujung) kepala kaki.

 iv.        Disediakan 5 kali untuk mengikat jenazah, hujung kepala, bahagian dada, pinggang, lutut dan hujung kaki.

   v.        Potong kapas secukupnya. Sewaktu memotong kain kafan sunat membaca doa.



2.3        Cara Mengatur Kain Kafan

             i.        Bentangkan tikar atau apa sahaja.
           ii.        Bentang 2 kain pembalut yang siap dipotong dengan satu persatu.
         iii.        Bentang kain telekong, baju dan kain sarung.
         iv.        Letakkan kapas dan cawat dibahagian dubur dan qubulnya.
           v.        Taburkan cendana, kapur barus dan minyak wangi setiap lapisan kain yang sudah dibentangkan di bawah sekali diaturkan 5 tali pengikat jenazah yang siap dipotong.

2.4  Cara-caranya
1.   Mayat diletakkan di atas kain yang sudah diap di susun.
2.   Letakkan kapas pada rongga-rongga pada badan mayat seperti telinga, tempat luka jika ada, anggota-anggota sujud seterusnya sampai ke kaki.
3.   Tangan diqiamkan atau diluruskan.
4.   Pakaikan kain, baju, telekong dan seterusnya 2 lapisan kain yang menutupi seluruh badan. (mulakan dari kiri ke kanan dan kanan ke kiri).
5.   Percikkan air mawar atau minyak atar di atas kapan.
6.   Akhirnya diikatkan dengan tali ikatan yang disediakan (hujung kepala, dada, pinggang, lutut dan hujung kaki).

2.5 Perbezaan Kapan Lelaki, Perempuan Dan Kanak-kanak
1.   Lelaki – 3 lapis.
2.   Perempuan – 5 lapis.
3.   Kanak-kanak – 3 lapis.
(makruh sekiranya kita menggunakan kain kafan yang mahal kerana ini adalah amalan yang membazir). Sabda Rasulullah saw :“Jangan kamu permahalkan tentang kafan kamu, kerana sesungguhnya ia segera reput atau rosak”. (Riwayat Abu Daud)

2.6 Jenazah Di Dalam Ihram Haji Atau Umrah

Hendaklah dikafankan dengan pakaian ihram selepas dimandikan tidak boleh diletakkan minyak wangi atau wangian kepadanya.
1.   Bagi mayat lelaki – hendaklah dibuka kepalanya.
2.   Bagi mayat perempuan – hendaklah dibuka mukanya.



3.0  Menyembahyangkan

TUJUAN MENYEMBAHYANGKAN JENAZAH

Sembahyang jenazah diadakan antara lain adalah untuk memohon keampunan serta limpahan rahmat Allah S.W.T bagi si mati dan mengharapkan suci dari dosa.

Manusia sebagaimana diketahui memang tidak sunyi dari melakukan kesilapan dan kesalahan .Allah sentiasa memberikan peluang kepada hamba-hambanya untuk bertaubat. Dengan mengadakan sembahyang jenazah orang yang hidup diberi peluang untuk memohon keampunan dan kerahmatan daripada Allah untuk si mati. Sembahyang jenazah juga adalah sebagai satu cara memberi penghormatan yang sopan kepada mayat.

          Hukum mendirikan solat jenazah adalah fardu kifayah.Justeru itu,Islam menganjurkan supaya didirikan sembahyang jenazah dengan jumlah yang ramai itu lebih baik dan afdhal.

RUKUN SEMBAHYANG JENAZAH

1.   Niat
2.   Berdiri jika berkuasa
3.   Takbir empat kali termasuk takbiiratul ihram
4.   Membaca surah al-Fatihah
5.   Membaca selawat ke atas nabi
6.   Mendoakan mayat
7.   Memberi salam
Nota :
Boleh membaca mana-mana selawat,seelok-eloknya membaca selawat Ibrahimiah.
Doa bagi mayat boleh dibaca mana-mana satu doa dengan syarat ditakhsiskan (ditentukan) bagi mayat lelaki,perempuan atau kanak-kanak.

SYARAT-SYARAT SEMBAHYANG JENAZAH

1.   Suci daripada hadas besar dan hadas kecil
2.   Menutup aurat dan menghadap kiblat
3.   Mayat sudah dimandikan dan dikafankan
4.   Mayat diletakkan di hadapan kecuali mayat ghaib
5.   Mayat diletakkan dekat dengan orang sembahyang lebih kurang tiga kaki
6.   Mayat hendaklah muslim
7.   Matinya tidak kerana perang fisabilillah5

PERKARA-PERKARA SUNAT BAGI SEMBAHYANG JENAZAH

Mengangkat kedua tangan semasa mengucapkan empat takbir
Merendahkan suara dalam sembahyang
Membaca
 

Berjamaah sekurang-kurangnya tiga saf,setiap satu saf sekurang-kurangnya dua orang.
Nota:
Yang lebih utama menyembahyangkan jenazah itu ialah walinya,iaitu bapanya kemudian datuknya dan ke atas kemudian anaknya,cucu-cucunya dan seterusnya ke bawah, kemudian saudara lelakinya seibu sebapa ,kemudian saudara lelaki sebapa.Kemudian anak saudara seibu sebapa ,kemudian Asabah mengikut tertib, pusakanya dan kemudian zawil arham,jika didapati sama keadaan martabat mereka maka didahulukan yang lebih tua .Dan jika tidak terdapat kerabat-kerabat yang di atas maka didahulukan orang yang lebih faqih dan tua.

CARA -CARA SEMBAHYANG JENAZAH

1.   Letakkan mayat di hadapan imam.
2.   Mayat hendaklah diletakkan melintang kiblat.
3.   Mayat lelaki bahagian kepala sebelah kiri imam dan imam berdiri setentang di antara kepala dengan badan ke arah kiblat.
4.   Mayat perempuan bahagian kepala jenazah di sebelah kanan imam bahagian badan menghala ke kiri. Imam berdiri menghala arah kiblat.
5.   Mayat di dalam keranda apabila hendaklah disembahyangkan hendaklah dibuka tudungnya.
 
PANDUAN SEMBAHYANG JENAZAH

1.   Berdiri (Bagi yang berupaya)
2.   Niat
3.   Takbiratu Ihram
4.   Selepas Takbir Pertama : Membaca Al-Fatihah
5.   Selepas Takbir Kedua : Membaca Selawat Atas Nabi
6.   Selepas Takbir Ketiga : Membaca Doa
7.   Selepas Takbir Keempat : Memberi Salam

LAFAZ-LAFAZ NIAT, SELAWAT DAN DOA-DOA

LAFAZ-LAFAZ NIAT

i) Lafaz Niat : Jenazah lelaki dewasa (hadir)
 

(Sahaja aku sembahyang ke atas mayat ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana Allah Ta'ala)


ii) Lafaz Niat : Jenazah perempuan dewasa (hadir)  
(Sahaja aku sembahyang ke atas perempuan ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana allah Ta'ala)


iii) Lafaz Niat : Jenazah kanak-kanak lelaki (hadir) 
 
(Sahaja aku sembahyang ke atas mayat kanak-kanak lelaki ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana Allah Ta'ala)

iv) Lafaz Niat : Jenazah kanak-kanak perempuan (hadir)

 

 
(Sahaja aku sembahyang ke atas mayat kanak-kanak perempuan ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana Allah Ta'ala)
v) Lafaz Niat: Jenazah lelaki (ghaib)
(Sahaja aku sembahyang ke atas mayat perempuan si anu yang ghaib ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana Allah Ta'ala)
vi) Lafaz Niat : Jenazah perempuan (ghaib)

 
 
(Sahaja aku sembayang ke atas mayat perempuan si anu yang ghaib ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana Allah Ta'ala)
vii) Lafaz Niat : Jenazah hadir ramai

 
 
(Sahaja aku sembahyang ke atas semua mayat ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana Allah Ta'ala)
2.MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

 
 
3.MEMBACA SELAWAT KE ATAS NABI

 
Selawat boleh dibaca mana-mana satu selawat dan yang seelok-eloknya dibaca selawat Ibrahimiah iaitu seperti di atas.

4.MEMBACA DOA
Doa Jenazah Lelaki

 
 
Doa Jenazah perempuan

 
 
Doa Jenazah Kanak-Kanak

 
 
5.MEMBERI SALAM

 
 
Sebelum memberi salam eloklah dibaca doa ini:
(jika perempuan  ditukar kepada )

4.0 Mengkebumikan

Adab Ketika Menghantar Jenazah
1.   Tidak bercakap kuat sama ada hal-hal keduaniaan mahu pun membaca Al-Quran atau zikir.
2.   Haram membawa bersama api, memainkan muzik atau gendang.
3.   Makruh menutup keranda mayat lelaki.
4.   Dilarang duduk di tanah sehingga jenazah diletakkan.

Perkara Tahyul Dan Khurafat Mengenai Kematian
1.   Mimpi cabut gigi – bawa alamat kematian.
2.   Bunyi burung hantu – ada kematian.
3.   Hujan panas tiba-tiba – ada yang mati berdarah.
4.   Perempuan mati bersalin – akan menjelma menjadi pontianak.
5.   Mayat akan bangun kalau dilompat kucing.
6.   Kacip atau besi diletakkan di atas mayat – hilang syaitan.
7.   Kubur wali keramat – dapat hajat dan tunai nazar.

Maklumat Tambahan
1.   Menurut Imam Syafie orang yang mati kerana membunuh diri dengan sengaja hendaklah dimandikan dan disolatkan. Manakala pendapat Abu Yusof dan Ibn Al-Human pula, mayat orang membunuh diri tidak disolatkan.
2.   Sunat bagi Imam Syafie mengangkat tangan semasa takbir dan diletakkan dibawah paras dada. Imam Hambali mengangkat tangan semasa takbir dan diletakkan dibawah pusat.
3.   Sunat merendahkan suara ketika membaca (tidak nyaring) dan tidak dibaca Doa Iftitah.
4.   Sunat bertahmid sebelum selawat dan berjemaah dalam saf.
5.   Sunat berdoa untuk orang yang beriman.
6.   Beri salam.
Cara-cara Mengebumikan Jenazah
1.   Hendaklah diturunkan jenazah seberapa cermat yang boleh, lemah-lembut dan penuh hormat di dalam suasana tenang.
2.   Letakkan jenazah ke dalam liang lahad dan baringkan di atas lambung kanan dengan mengadap kiblat.
3.   Disandarkan mayat dengan ketulan tanah supaya jenazah itu tidak terbalik atau terpesong dari kiblat.
4.   Tutup liang lahad dengan papan.
5.   Sunat meraub tanah tiga raub selepas mayat dimasukkan ke dalam liang lahad atau selepas ditutup dengan papan dan diletakkan di belakang mayat.Ketika rauban pertama bacalah: منها خلقناكم .Pada rauban kedua وفيها نعيدكم dan pada rauban ketiga ومنها نخرجكم تارة اخرى
6.   Timbuskan tanah dengan perlahan-lahan dan cermat. Pastikan supaya tanah tidak memasuki liang lahad tadi.
7.   Sunat meninggikan kubur sekadar sejengkal dari paras bumi.
8.   Sunat diletakkan tanda seperti batu nisan dan sebagainya supaya senang dikenali.